Home Malaysia Video Intim Haziq Aziz Adalah Tulen - Ketua Polis Negara

Video Intim Haziq Aziz Adalah Tulen – Ketua Polis Negara

Video Intim Haziq Aziz Adalah Tulen – Ketua Polis Negara

Menurut laporan dari Astro Awani sebentar tadi, Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa Video Intim Haziq Aziz adalah tulen.

Walau bagaimanapun belum ada pengesahan rasmi mengenai siapa pelaku pelaku dalam video inti berkenaan. Menurut Abdul Hamid juga, pengesahan ketulenan video tersebut dibuat oleh pihak Cybersecurity Malaysia.

Dipetik dari laporan Astro Awani yang baru dikeluarkan sebentar tadi :

“Mereka (Cybersecurity) kta tulen tetapi tidak dapat mengesahkan siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

“Saya sebagai Ketua Polis Negara tidak boleh memandai-mandaiā€¦ perkara itu akan menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya ia dibawa ke muka pengadilan,” kata Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam program Bicara Politikonomi: Cabaran PDRM bersama stesen televisyen RTM pada Rabu malam.

CyberSecurity Malaysia merupakan pusat kepakaran keselamatan siber nasional yang turut menyediakan bantuan penyiasatan forensik yang menyeluruh.

Isu video intim menjadi perhatian selepas Haziq yang juga bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat pengakuan dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet.

Sumber DariAstro Awani