Home Malaysia Logo Terbaru Tahun Melawat Malaysia 2020 Akan Dilancarkan Bulan Depan

Logo Terbaru Tahun Melawat Malaysia 2020 Akan Dilancarkan Bulan Depan

Logo Terbaru Tahun Melawat Malaysia 2020 Akan Dilancarkan Bulan Depan

Logo terbaru Tahun Melawat Malaysia 2020 akhirnya akan dilancarkan bulan depan, menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi. Logo tersebut akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Muhammad.

Sebelum ini, logo tahun melawat Malaysia 2020 dikecam teruk kerana ianya sangat buruk dan tidak menepati cita rasa rakyat Malaysia.

Logo Terbaru Tahun Melawat Malaysia 2020 Akan Dilancarkan Bulan Depan
Logo lama yang dicadangkan sebelum ini

Menurut Datuk Mohammadin Ketapi lagi, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2020 sedang dijalankan secara menyeluruh, di dalam dan diluar negara. Malaysia juga telah menyertai World Travel Market dan Arabian Travel Market.

Logo sebelum ini telah di troll teruk oleh netizen Malaysia.

Diharap logo terbaru yang akan dilancarkan nanti akan dapat membetulkan persepsi rakyat Malaysia dan juga dapat menarik minat pelancong agar datang ke negara kita.

Sumber DariThe Borneo Post