Home Antarabangsa Fungsi Terbaru Instagram Cegah Buli Siber Tanpa Pembuli Anda Ketahui

Fungsi Terbaru Instagram Cegah Buli Siber Tanpa Pembuli Anda Ketahui

Fungsi Terbaru Instagram Cegah Buli Siber Tanpa Pembuli Anda Ketahui

Instragram sekali lagi cuba untuk mencegah buli siber dengan mengumumkan 2 fungsi anti buli iaitu :

  1. Amaran jika anda menulis komen negatif
  2. Fungsi untuk menyekat sesetengah orang dari memberi komen di post anda.
Fungsi Terbaru Instagram Cegah Buli Siber Tanpa Pembuli Anda Ketahui

Pada acara F8 April lalu, Instagram pernah menyebut fungsi ini. Walau bagaimana pun fungsi ini tidak menghalang secara terus, ianya cuma akan mengingatkan pengguna adakah perlu mereka menghantar komen yang ingin ditulis.

Fungsi Terbaru Instagram Cegah Buli Siber Tanpa Pembuli Anda Ketahui

Fungsi ini mula dicuba sejak beberapa minggu yang lepas dan menurut info, ianya memberi keputusan yang memberangsangkan setakat ini.

Fungsi Terbaru Instagram Cegah Buli Siber Tanpa Pembuli Anda Ketahui

Untuk fungsi restricted accounts pula komen mereka hanya akan diperlihatkan pada anda dan juga individu yang meninggalkan komen tersebut. Individu yang meninggalkan komen tersebut pula tidak akan mengetahui bahawa komen mereka telah ditapis. Fungsi ini juga agak berbeza dengan ‘blocking’ kerana ‘blocking’ boleh membuatkan situasi menjadi lebih tegang.

Dalam isu buli siber ini, amat penting sebenarnya untuk kita sebagai pengguna supaya menggunakan akal kita sebelum memberikan apa apa komen terutamanya pada isu isu sensitif.